Thursday, August 16, 2012

Laporan Program Youth Transformer

Laporan Program ‘YOUTH TRANSFORMER’

  Pada 10 hingga 12 Ogos 2012 yang lepas, persatuan Siswazah Sabah cawangan kundasang telah mengadakan satu program iaitu Program ‘Youth Transformer’. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang telah disasarkan kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan agak  bermasalah dari aspek disiplin iaitu seramai 26 orang terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar memperbaiki akademik dan membantu memberikan garis panduan untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Oleh itu, pihak Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kundasang telah menyasarkan beberapa objektif untuk membantu para pelajar menghadapi masalah ini. Antaranya adalah, pertama usaha menyambut seruan kerajaan ke arah mewujudkan modal insan yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi. Kedua, membekalkan kepada remaja dengan ilmu-ilmu pengetahuan sebagai benteng kekuatan diri untuk menghadapi krisis sosial dan moral. Ketiga, usaha untuk membentuk remaja yang seimbang dari segi keintelektualan, kesahsiahan dan kerohanian. Keempat, membantu membina keperibadian remaja supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. Kelima, membantu dan memandu pelajar dalam mencari matlamat hidup.
Oleh yang demikian, pihak Pss Kundasang telah membentuk beberapa pengisian dan latihan dalam kumpulan yang berobjektifkan matlamat di atas. Antaranya, adalah pembentangan kertas kerja iaitu terdiri daripada dua kertas kerja, pertama bertajuk “Mengapa kita berada di dunia ini?” pembentangan ini fokus kepada apa tujuan Allah swt menciptakan manusia di muka bumi yang lebih menjurus kepada penereapan nilai-nilai spiritual. Kertas kerja kedua pula bertajuk “apa tujuan pendidikan” yang lebih memfokuskan kepada kepentingan menuntut ilmu sebagai seorang hamba ALLAH swt dalam konteks sebagai seorang remaja yang bergelar pelajar. Selain itu, Pss kundasang juga telah memebentuk beberapa modul berbentuk permainan namun menjurus kepada memberikan kesedaran seperti modul perngurusan masa dan modul memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kami juga telah mengadakan aktiviti debat dan pengucapan umum yang bertujuan untuk melatih pelajar berhujah serta membentuk keyakinan diri. Akhir sekali, kami telah mengadakan sesi perkongsian dari hati ke hati antara fasi dan pelajar untuk mendengar luahan hati dan respon mereka terhadap program ini.
Secara keseluruhannya, program ini mendapat respon yang baik daripada pelajar sendiri berdasarkan surat yang telah ditulis oleh para pelajar dan mereka mengharapkan agar ada program susulan yang akan dianjurkan oleh persatuan siswazah sabah.



 Mumia in made

 Para peserta tengah mengangkat mumia











 Setiausaha agung PSS pusat menyampaikan pengisian

majlis penutupan, wakil pelajar berucap disampaikan oelh sdr. Rosli

 Ajk Muslimat yang banyak membantu
 
 Majlis penutupan(ringkas tapi cukup bermakna)




 Barisan AJK

 tengah menyanyikan lagu tema








 bermain puzzle
              

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More