Monday, October 4, 2010

Program Qiamullail bulan Oktober

2 – 3 Oktober 2011 : Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya, program qiamullail telah diadakan setelah sekian lama tidak dijalankan disebabkan ramai ahli KRU Kundasang yang terpisah kerana faktor pelajaran (kebanyakannya telah memasuki ke Universiti).  Program Qiamullail yang diadakan ini bertujuan untuk menguatkan jati diri muslim pada diri setiap ahli KRU Kundasang sebelum terjun ke lapangan masyarakat untuk menyebarkan risalah dakwah. Antara pengisian yang dibuat pada kali ini ialah usrah, riadah, makan-makan dan latihan 'public speaking' yang pastinya amat berguna kepada setiap ahli KRU Kundasang nanti. oh ya, Istimewanya program pada kali ini ialah, kehadiran seorang penasihat baru KRU Kundasang iaitu Ustaz Munsif yang baru ditugaskan di SK Maukab. Moga kehadiran beliau akan merancakkan lagi program-program KRU Kundasnag pada masa hadapan.

Berikut adalah sedikit sedutan sepanjang program berlangsung.
 
  Riadah pagi mendaki bukit ke Hotel Perkasa

 Berposing di hadapan Gunung Kinabalu

 Breakfast dulu bah!

 Bro. Jabri sedang menyampaikan pandangan Islam dalam Hiburan dalam latihan public speaking.


Bro. Nazri@Dos tidak ketingglan menyampaikan pandangan Islam terhadap sukan. 
 
 Bergambar kenangan sebelum bersurai.

Walaupun kehadiriran pada kali ini hanya & orang, namun tidak sekali-kali mematahkan semangat kami untuk meneruskan program sehingga tamat kera yang lebih penting ialah, kualiti pada setiap daie perlu diasah dan dibangunkan. Bukannya bergantung kepada kuantiti semata-mata.

"Islam in Ginawo ku"
"Islam Di Hati Ku"

2 comments:

"2 – 3 Oktober 2011" Salam awad, silap tulis tarikh ler...xkan la program ni dtg dri msa dpan pla...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More