This is default featured post 1 title

Blog Kelab Remaja Ukhuwwah Kundasang ini masih dalam pembikinan. harap bersabar :)

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, August 19, 2012

Ziarah mahabbah PSS & KRU Kundasang

     Pada 18 Ogos 2012 yang lepas, Pss dan Kru Kundasang telah mengadakan satu program iaitu ziarah mahabbah. Program ini adalah satu program yang berbentuk kebajikan iaitu menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan asas seperti beras, tepung dan pakaian kepada golongan yang kurang berkemampuan.

    Pss dan Kru kundasang telah menyampaikan sumbangan di kampung-kampung sekitar ranau iaitu bermula daripada kampung Semuruh kemudian ke kampung Purakagis kemudian ke kampung tambiau kemudian ke kampung toboh baru kemudian ke kampung kiwawoi dan akhir sekali di kampung mohimboyon.

    Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu meringankan bebanan saudara semuslim menjelang hari raya aidilfitri sesuai dengan hadith nabi saw : "tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri". Disamping itu, ini juga merupakan salah satu medium untuk menyampaikan dakwah islam itu sendiri iaitu dakwah bil Hal. kalau dilihat keberjayaan dakwah nabi saw. 70% dakwahnya berjaya adalah melalui dakwah bil Hal. Apa yang kami harapkan adalah tersebarnya nilai-nilai islam itu diseluruh dunia. InsyaALLAH yang bermula daripada usaha kecil di peringkat daerah ranau ini.

      walaupun dalam keadaan panas terik dan berpuasa, semua ajk nampak bersemangat dan tidak sabar untuk menjalankan ekspedisi ziarah mahabbah bulan ramadhan. Syukran jazilan 'ala kulli hal, semoga rahmat ALLAH bersama dengan anda semua.


Ajk tengah melekatkan kad ucapan selamat hari raya disetiap pek beras 
 



bergambar sebelum ekspedisi ziarah mahabbah
 

Doa dipohon untuk keselamatan dan keberkatan program ziarah mahabbah
 

wakil Pss dan Kru kundasang menyampaikan sumbangan
 

Pengerusi(berbaju hitam) Pss kundasang menyampaikan sumbangan
 

ketibaan di kampung tambiau
(penduduk kampung adalah majoriti beragama kristian)
 

Ketibaan di kampung toboh baru
 



Kampung mohimboyon
 

 kampung purakagis

Thursday, August 16, 2012

Laporan Program Youth Transformer

Laporan Program ‘YOUTH TRANSFORMER’

  Pada 10 hingga 12 Ogos 2012 yang lepas, persatuan Siswazah Sabah cawangan kundasang telah mengadakan satu program iaitu Program ‘Youth Transformer’. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang telah disasarkan kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan agak  bermasalah dari aspek disiplin iaitu seramai 26 orang terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar memperbaiki akademik dan membantu memberikan garis panduan untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Oleh itu, pihak Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kundasang telah menyasarkan beberapa objektif untuk membantu para pelajar menghadapi masalah ini. Antaranya adalah, pertama usaha menyambut seruan kerajaan ke arah mewujudkan modal insan yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi. Kedua, membekalkan kepada remaja dengan ilmu-ilmu pengetahuan sebagai benteng kekuatan diri untuk menghadapi krisis sosial dan moral. Ketiga, usaha untuk membentuk remaja yang seimbang dari segi keintelektualan, kesahsiahan dan kerohanian. Keempat, membantu membina keperibadian remaja supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. Kelima, membantu dan memandu pelajar dalam mencari matlamat hidup.
Oleh yang demikian, pihak Pss Kundasang telah membentuk beberapa pengisian dan latihan dalam kumpulan yang berobjektifkan matlamat di atas. Antaranya, adalah pembentangan kertas kerja iaitu terdiri daripada dua kertas kerja, pertama bertajuk “Mengapa kita berada di dunia ini?” pembentangan ini fokus kepada apa tujuan Allah swt menciptakan manusia di muka bumi yang lebih menjurus kepada penereapan nilai-nilai spiritual. Kertas kerja kedua pula bertajuk “apa tujuan pendidikan” yang lebih memfokuskan kepada kepentingan menuntut ilmu sebagai seorang hamba ALLAH swt dalam konteks sebagai seorang remaja yang bergelar pelajar. Selain itu, Pss kundasang juga telah memebentuk beberapa modul berbentuk permainan namun menjurus kepada memberikan kesedaran seperti modul perngurusan masa dan modul memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kami juga telah mengadakan aktiviti debat dan pengucapan umum yang bertujuan untuk melatih pelajar berhujah serta membentuk keyakinan diri. Akhir sekali, kami telah mengadakan sesi perkongsian dari hati ke hati antara fasi dan pelajar untuk mendengar luahan hati dan respon mereka terhadap program ini.
Secara keseluruhannya, program ini mendapat respon yang baik daripada pelajar sendiri berdasarkan surat yang telah ditulis oleh para pelajar dan mereka mengharapkan agar ada program susulan yang akan dianjurkan oleh persatuan siswazah sabah.



 Mumia in made

 Para peserta tengah mengangkat mumia











 Setiausaha agung PSS pusat menyampaikan pengisian

majlis penutupan, wakil pelajar berucap disampaikan oelh sdr. Rosli

 Ajk Muslimat yang banyak membantu
 
 Majlis penutupan(ringkas tapi cukup bermakna)




 Barisan AJK

 tengah menyanyikan lagu tema








 bermain puzzle
              

Monday, October 4, 2010

Program Qiamullail bulan Oktober

2 – 3 Oktober 2011 : Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya, program qiamullail telah diadakan setelah sekian lama tidak dijalankan disebabkan ramai ahli KRU Kundasang yang terpisah kerana faktor pelajaran (kebanyakannya telah memasuki ke Universiti).  Program Qiamullail yang diadakan ini bertujuan untuk menguatkan jati diri muslim pada diri setiap ahli KRU Kundasang sebelum terjun ke lapangan masyarakat untuk menyebarkan risalah dakwah. Antara pengisian yang dibuat pada kali ini ialah usrah, riadah, makan-makan dan latihan 'public speaking' yang pastinya amat berguna kepada setiap ahli KRU Kundasang nanti. oh ya, Istimewanya program pada kali ini ialah, kehadiran seorang penasihat baru KRU Kundasang iaitu Ustaz Munsif yang baru ditugaskan di SK Maukab. Moga kehadiran beliau akan merancakkan lagi program-program KRU Kundasnag pada masa hadapan.

Berikut adalah sedikit sedutan sepanjang program berlangsung.
 
  Riadah pagi mendaki bukit ke Hotel Perkasa

 Berposing di hadapan Gunung Kinabalu

 Breakfast dulu bah!

 Bro. Jabri sedang menyampaikan pandangan Islam dalam Hiburan dalam latihan public speaking.


Bro. Nazri@Dos tidak ketingglan menyampaikan pandangan Islam terhadap sukan. 
 
 Bergambar kenangan sebelum bersurai.

Walaupun kehadiriran pada kali ini hanya & orang, namun tidak sekali-kali mematahkan semangat kami untuk meneruskan program sehingga tamat kera yang lebih penting ialah, kualiti pada setiap daie perlu diasah dan dibangunkan. Bukannya bergantung kepada kuantiti semata-mata.

"Islam in Ginawo ku"
"Islam Di Hati Ku"

Tuesday, May 25, 2010

PSS-KRU di Facebook


Jom bersama PSS-KRU di Facebook. Medan berkongsi informasi, maklumat program, berkongsi pengalaman bergerakeja dan meningkatkan amal. Ayuh kita ramaikannya!

Klik di [sini] atau layari laman Siswazabah Ukhuwwah di Facebook.

Sunday, April 11, 2010

KRU Unggul di MTQ!

sumber: http://nurilhakim.blogspot.com

Persatuan Siswazah Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah yang telah menceburkan diri dalam Majlis Tadarus Quran di mana-mana peringkat. Tahniah kepada yang berjaya, dan teruskan berusaha kepada yang belum mencapai kejayaan!


Saudara Kamal Habib, KRU Tuaran yang melayakkan diri mewakili Daerah Tuaran dalam acara tilawah ke MTQ Peringkat Pantai Barat Sabah di SMKA Mohd Ali Ranau, Ranau (SEMEKAR).

Saudara Jabry Juhinin dari KRU Kundasang yang mewakili Daerah Ranau dalam acara
Hafazan Menengah.

Daerah Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan bagi kategori menengah dan rendah. Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil dari SK Mutiara, SEMAI, SMAKK dan lain-lain.


Turut berada di SEMEKAR ialah adik Aziyanti, KRU Tuaran yang berada di dalam pasukan hafazan mewakili Daerah Tuaran.

KRU unggul di semua lapangan!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More